Cari Blog Ini

Jumaat, 28 Oktober 2016

PULAU BOHEY DULANG




Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau yang menjanjikan pemandangan perairan yang cukup indah bagi pengunjung yang sanggup mendaki bukitnya yang berketinggian kira-kira 600 meter. Walaupun laluan mendaki disediakan, namun ada masanya ia agak mencabar, terutama pada pendakian yang sedikit curam, manakala pada muka bumi yang landai ia memberikan sedikit kepenatan kerana perjalanan agak jauh. Seorang pengunjung ditemui yang dari gaya langkah dan tahap staminanya menunjukkan sudah biasa dengan aktiviti merentas hutan dan mendaki bukit, berkata, bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang dan teringin mendaki bukit di pulau ini, sebaiknya mendaki Bukit Tabur di Taman Melawati, Hulu Klang, sebagai persediaan kerana tambahnya, rugi jika sudah sampai, tetapi tidak dapat ke puncak kerana pemandangan yang disajikan sangat menakjubkan dan memperlihatkan betapa indahnya alam ciptaan Allah SWT. Dikawal oleh Taman taman Sabah, ada kem PGA disini juga terdapatnya kima gergasi.






Laluan Mendaki


Pandangan Dari Puncak Bohey dulang












Kima Gergasi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan